телеграм канал Islamic Talk 💡

Islamic Talk 💡

5215 подписчиков @islamtalk

Semua orang melakukan kesilapan. Tapi kesilapan itu mestilah diperbaiki bukan diulang kembali. 💖

Телеграм канал «Islamic Talk 💡» @islamtalk (5215 подписчиков). Добавлен в каталог 15 Октября 2020. Категория Не определено. Открыть в: Telegram | в web версии | Ссылка в каталоге: https://tgram.me/islamtalk | Телеграм ссылка: https://t.me/islamtalk

Похожие каналы

vitrina 22|52

vitrina 22|52 @vitrina2252

Канал с вдохновляющими историями людей, влюблённых в свою работу, и вакансиями, которые помогают дру...

Ассоциация Биткоин Россия

Ассоциация Биткоин Россия @association_bitcoin_russia

Крупнейшее официальное Биткоин комьюнити в России. www.associationbitcoin.ru Сотрудничество: @Artur...

Telegram Channels

Telegram Channels @tlgrmchannels

🗞 @geeksChannel 🔎 @stickersChannel 🤖 @botsChannel 🎮 @tlgramGames FUN 📺 @GIFsChannel 😱 @viralChannel...

Мужская кухня

Мужская кухня @food4men

Мясо, мужская кухня Создатель: @Yuliyaspring Оплата строго через @Fugue_bot...

Отзывы на канал @islamtalk

Оставьте пожалуйста свой комментарий о телеграм канале «Islamic Talk 💡».

Последние посты

SOAL JAWAB

Ucap Taqabbalallahu Lepas Doa

SOALAN:

Apakah boleh kita ucapkan taqabbalallah selepas imam selesai berdoa kerana biasa kita dengar imam-imam di masjid dan surau mengucapkannya dan apakah maksudnya?

JAWAPAN:

Maksud ucapan تقبل الله atau تقبل الله منا ومنكم ialah semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu semua.

Ia adalah suatu lafaz yang mengandungi makna doa yang membawa maksud mengharap yakni selepas berdoa kita sangat mengharapkan agar Allah menerima segala amal dan doa kita.

Berkata Imam Nawawi:

اَنَّ اْلمُصَا فحَة بَعْدَ الصَّلاة وَدُعَاء المُسْلِمِ لآخِيْهِ اْلمُسْلِمِ بِأنْ يَّتقبَلَ الله مِنهُ صَلاتهُ بِقوْلِهِ (تقبَّلَ الله) لاَ يَخفى مَا فِيْهِمَا مِنْ خَيْرٍ كَبِيْرٍ وَزِيَادَةِ تَعَارُفٍ وَتألُفٍ وَسَبَب لِرِبَطِ القلوْبِ وَاِظهَار للْوَحْدَةِ وَالترَابُطِ بَيْنَ اْلمُسْلِمِينْ.

Maksudnya: “Bahawasanya berjabat tangan selepas solat dan berdoa kepada saudara seagamanya dengan bahawa agar Allah menerima darinya akan solatnya dengan ucapannya تقبَّلَ الله itu tiada sunyi pada keduanya dari kebaikkan yang banyak dan mendekatkan lagi serta menambah mesra antara keduanya dan menambatkan bagi hati dan menunjukkan persamaan dan hubungan sesama Muslim." [Kitab Mirqatul Mafatih]

Kesimpulannya ucapan تقبل الله atau تقبل الله منا ومنكم adalah harus diucapkan selesai dari imam membaca doa sebagaimana dalam soalan.

Dan harus juga mengucapkan تقبل الله setiap kali mahu memulai atau selesai melakukan kerja amal ibadah dan kebajikan kerana mengharap Allah menerimanya.

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@islamtalk

316 14:04

SOAL JAWAB

Facebook: Hukum Menggunakannya

SOALAN:

Apakah hukum syarak berkenaan penggunna media sosial yang bernama facebook kerana ramai umat Islam yang menggunakannya.

JAWAPAN:

Berkata Mufti Jordan:

" الفيس بوك " وغيره من مواقع الاتصال موضوعٌ محايد، بمعنى: أن الحكم الشرعي لاستعماله تابع لصفة هذا الاستعمال:
فإن استعمل في المحادثات المباحة، وفي نشر الخير والدعوة، والاطلاع على الأخبار، والمشاركات الحوارية النافعة: فهو جائز ولا حرج فيه، بل المسلم مطالب باستغلال كل الوسائل النافعة لنشر الخير وتنمية الذات.
أما إذا استعمل في المحادثات المحرمة، ولغرض الفساد والإفساد: فيحرم حينئذ. والله أعلم.

Maksudnya: “Facebook dan selainnya dari segala alat perhubungan awam dengan makna bahawasanya hukum syarak menggunakannya adalah mengikut bagi cara ia digunakan. Maka jika digunakan untuk menceritakan perkara yang harus dan menyebarkan kebaikkan dan dakwah dan melihat segala hal ehwal yang berlaku dan berkongsikan perbicangan yang bermunafaat maka hukumnya adalah harus tiada salah padanya. Bahkan orang Islam dituntut untuk menggunakan segala alat perantaraan yang berguna ini bagi tujuan menyebarkan kebaikkan dan memajukan diri.

Ada pun penggunaanya pada segala cerita yang diharamkan dan kerana tujuan yang rosak dan merosakkan orang lain maka haram ia pada ketika itu.” [Darul Ifta Jordan]

Kesimpulannya penggunaan facebook adalah bergantung kepada seseorang yang menggunakannya. Jika digunakannya untuk berkongsi perkara kebaikkan seperti ayat Quran dan Hadis dan majlis ilmu dan nasihat berguna dan seumpamanya maka hukumnya adalah harus bahkan baginya ganjaran pahala kerana melakukan perkara yang baik yang disuruh oleh agama.

Sebaliknya jika dia berkongsi perkara maksiat seperti dusta dan mencarut dan maki hamun dan fitnah atau disiarkan gambar yang haram melihatnya seperti aurat dan perkara yang mengaibkan dan yang seumpamanya maka hukumnya adalah haram dan berdosa orang yang menggunakannya.

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@islamtalk

308 14:06

SOAL JAWAB

Solat Jenazah Dua Kali

SOALAN:

Adakah boleh disisi syarak kita solat ke atas jenazah yang sama beberapa kali?

JAWAPAN:

Bermula hukum mengulangi solat jenazah bagi orang yang sudah solat itu ada perselisihan pendapat dikalangan ulamak mazhab.

Tersebut pada kitab Al-Mughni Ibnu Qudamah:

إعادة صلاة الجنازة من طرف من قد صَلَّى عليه وأراد إعادة الصلاة مرة أخرى؛ فالجمهور على عدم مشروعية ذلك، وهو قول الحنفية والمالكية والراجح عند الشافعية والحنابلة؛ وحجتهم عدم ورود ذلك من فعل النبيﷺ وفعل الصحابة، ولأن صلاة الجنازة عندئذ تكون نافلة والتنفل بصلاة الجنازة غير مشروع. وذهب الظاهرية إلى مشروعية ذلك وهو القول المرجوح عند الشافعية والحنابلة

Maksudnya: “Bermula ulangi solat jenazah dari pihak orang yang sudah solat atasnya itu mahu solat ia sekali lagi maka jumhur ulamak berpendapat ianya tidak disyariatkan. Ialah pendapat mazhab Hanafi dan Maliki dan dan pendapat yang kuat dalam mazhab Syafie dan Hanbali.

Bermula hujjah jumhur ulamak ini ialah tiada datang perbuatan Nabi SAW dan para sahabat r.a. dan dari kerana solat jenazah pada ketika itu hanyalah bertaraf sunat maka solat sunat tidak disyariatkan atas jenazah.

Dan berjalan olih Az-Zahiriyah kepada disyariatkan akan yang demikian itu. Dan ialah pendapat yang tidak kuat dalam mazhab Syafie dan Hanbali.” Tersebut dalam kitab Fathul Muin:

ولا يندب لمن صلاها ولو منفردا إعادتها مع جماعة فإن أعادها وقعت نفلا

Maksudnya: “Dan tidak disunatkan bagi orang yang telah solat jenazah sekalipun sendirian mengulanginya secara berjemaah. Maka jika dia ulangi solat jenazah nescaya jatuhlah solat nya itu sebagai sunat.” Kesimpulannya tidak disunatkan mengulangi solat jenazah bagi siapa yang telah pun mengerjakannya.

Jika diulanginya juga solatkan jenazah itu kali yang kedua maka perbuatannya itu tidak haram dan sah solatnya itu.

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@islamtalk

310 14:06

SOAL JAWAB

Solat Pakai Sarung Tangan

SOALAN:

Saya ingin bertanya 2 soalan.

Pertama sekarang musim wabak covid jadi ramai yang pakai sarung tangan jadi kalau kita solat tanpa membuka sarung tangan apakah hukumnya solat kita itu?

Kedua apa hukumnya solat orang yang memakai seluar tiga suku separas lutut sebab masa dia sujud seluarnya terangkat sampai nampak lutut?

JAWAPAN:

Ketika mengerjakan solat disunatkan kita tidak menutup kedua tapak tangan kita samada dengan memasukkannya ke dalam baju atau memakai sarung tangan.

Tetapi jika dipakainya juga sarung tangan ketika solat maka solatnya itu adalah sah.

Begitu juga dengan lutut iaitu sah solat jika terbuka lutut kerana lutut tidak termasuk aurat tetapi sempadan bagi aurat yang berada di atas lutut. Ulamak memakruhkan solat dalam keadaan nampak lutut kerana hampir terbuka auratnya walau pun solatnya itu sah.

Berkata Syeikh Al-Syarqawi:

و يسن كشف اليدين والرجلين و يكره كشف الركبتين

Maksudnya: “Disunatkan membuka dua tapak tangannya dan kedua tapak kakinya (dalam solat) dan dimakruhkan membuka kedua lututnya.” [Hasyiah Syarqawi ‘ala Tahrir]

Dan tersebut pada kitab Kasyifat As-Saja:

ويسن كشف الكفين في حق الذكر وغيره

Maksudnya: “Dan disunatkan terbuka dua tapak tangannya pada lelaki dan lainnya.” [Kitab Kasyifatu As-Saja Syarah Safinatu An-Naja]

Berkata Syeikh Al-Bajuri:

و يكره كشف الركبتين ما عدا ما يجب ستره منهما مع العورة

Maksudnya: “Dan dimakruhkan membuka dua lutut selain barang yang wajib tutup dari keduanya serta aurat.” [Hasyiah Al-Bajuri]

Kesimpulannya sunat tidak menutup kedua tapak tangan di dalam solat samada dengan memakai sarung tangan atau lainnya. Dan setengah fuqahak memakruhkan menutup dua tapak tangan dalam solat dengan sengaja.

Siapa yang terpaksa memakai sarung tangan didalam solat kerana memelihara dari wabak maka hukumnya adalah harus.

Makruh memaki pakaian yang menampakkan lutut di dalam solat sekalipun solatnya itu sah.

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@islamtalk

304 14:03

SOAL JAWAB

Haid Datang Awal

SOALAN:

Biasanya saya bersih lebih kurang 24 hari dalam sebulan tapi kali ini baru 18 hari ada pula datang darah. Adakah darah itu haid? Macamana dengan mandi dan solat?

JAWAPAN:

Berkata Syeikh Syarwani:

وبمجرد رؤية الدم لزمن إمكان الحيض يجب التزام أحكامه ، ثم إن انقطع قبل يوم وليلة بان أن لا شيء فتقضي صلاة ذلك الزمن وإلا بان أنه حيض

Maksudnya: ''Semata-mata melihat darah bagi masa yang berkemungkinan haid maka hendaklah memakai hukum orang sedang haid (iaitu menahan dari mengerjakan solat) kemudian apabila berhenti darah sebelum sampai sehari semalam maka hendaklah diqadha akan solat yang ditinggalkan sebelumnya. Dan jika sampai darah itu sehari semalam maka nyatalah dia sedang haidh.” [Kitab Hasyiah Syarwani ‘ala At-Tuhfah]

Perlu diketahui masa suci antara dua haid tidak boleh kurang dari 15 hari.
Jika datang darah yang kedua selepas suci sekurangnya 15 hari maka puan hendaklah menahan dari solat kerana memakai hukum perempuan yang sedang haid.

Jika darah puan yang keluar pada hari ke 18 itu sampai sehari semalam maka nyatalah ia adalah darah haid maka puan tidak wajib qadha solat yang ditinggalkan itu kerana memang sedang dalam haid.

Jika darah tersebut tidak sampai sehari semalam maka ia bukan darah haid dan puan tidak dihukumkan mengalami haid. Sekelian solat yang ditinggalakn itu wajib diqadha.

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@islamtalk

372 14:04

SOAL JAWAB

Makan Ikan Tanpa Dibuang Najis

SOALAN:

Apakah halal memakan ikan masin seperti ikan yang dijeruk tanpa membuang isi perutnya yang ada najis didalamnya?

JAWAPAN:

Haram hukumnya memakan ikan tanpa dibersihkan terlebih dulu najis yang ada dalam perutnya dan darahnya.

Akan tetapi jika ikan itu kecil seperti ikan bilis maka tidak haram dimakan tanpa membersihkannya terlebih dulu dari kerana sukar membersihkanya sebab kecilnya.

Tersebut pada kitab Al-Fatawa Al-Kubra:

وَلَا يَحِلُّ أَكْلُ سَمَكِ مِلْحٍ وَلَمْ يُنْزَعْ مَا فِيْ جَوْفِهِ لِأَنَّهُ فِي أَكْلِ السَّمَكَةِ كُلِّهَا مَعَ مَا فِيْ جَوْفِهَا مِنَ النَّجَاسَةِ

Maksudnya: “Dan tidak halal memakan ikan masin yang tidak dibuang najis yang ada dalam perutnya kerana sungguhnya pada memakan ikan semua sekali bersama isi perutnya itu adalah najis.”

Dan tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis:

مسألة : روث السمك نجس، ويجوز أكل صغاره قبل شقّ جوفه، ويعفى عن روث تعسر تنقيته وإخراجه، لكن يكره كما في الروضة، ويؤخذ منه أنه لا يجوز أكل كباره قبل إخراج روثه لعدم المشقة في ذلك

Maksudnya: “Masalah kotoran ikan itu adalah najis. Dan harus memakan ikan yang kecil sebelum disiang akan perutnya dan dimaafkan kotorannya kerana sukar membersihkannya dan mengeluarkannya akan tetapi makruh ia seperti yang tersebut pada kitab Ar-Raudhah.

Dan diambil pengertian daripadanya sungguhnya tidak halal memakan ikan yang besar sebelum membersihkan isi perutnya kerana tidak sukar yang demikian itu.” [Bughah Musrtassyidin]

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@islamtalk

299 14:11

SOAL JAWAB

Makan Ikan Tanpa Dibuang Najis

SOALAN:

Apakah halal memakan ikan masin seperti ikan yang dijeruk tanpa membuang isi perutnya yang ada najis didalamnya?

JAWAPAN:

Haram hukumnya memakan ikan tanpa dibersihkan terlebih dulu najis yang ada dalam perutnya dan darahnya.

Akan tetapi jika ikan itu kecil seperti ikan bilis maka tidak haram dimakan tanpa membersihkannya terlebih dulu dari kerana sukar membersihkanya sebab kecilnya.

Tersebut pada kitab Al-Fatawa Al-Kubra:

وَلَا يَحِلُّ أَكْلُ سَمَكِ مِلْحٍ وَلَمْ يُنْزَعْ مَا فِيْ جَوْفِهِ لِأَنَّهُ فِي أَكْلِ السَّمَكَةِ كُلِّهَا مَعَ مَا فِيْ جَوْفِهَا مِنَ النَّجَاسَةِ

Maksudnya: “Dan tidak halal memakan ikan masin yang tidak dibuang najis yang ada dalam perutnya kerana sungguhnya pada memakan ikan semua sekali bersama isi perutnya itu adalah najis.”

Dan tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis:

مسألة : روث السمك نجس، ويجوز أكل صغاره قبل شقّ جوفه، ويعفى عن روث تعسر تنقيته وإخراجه، لكن يكره كما في الروضة، ويؤخذ منه أنه لا يجوز أكل كباره قبل إخراج روثه لعدم المشقة في ذلك

Maksudnya: “Masalah kotoran ikan itu adalah najis. Dan harus memakan ikan yang kecil sebelum disiang akan perutnya dan dimaafkan kotorannya kerana sukar membersihkannya dan mengeluarkannya akan tetapi makruh ia seperti yang tersebut pada kitab Ar-Raudhah.

Dan diambil pengertian daripadanya sungguhnya tidak halal memakan ikan yang besar sebelum membersihkan isi perutnya kerana tidak sukar yang demikian itu.” [Bughah Musrtassyidin]

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@islamtalk

294 14:15

SOAL JAWAB

Ambil Buah Di Jalanan Tanah Kerajaan

SOALAN:

Saya nak tanya berkenaan pokok yang ditanam oleh kerajaan ditepi-tepi jalan kalau ada berbuah boleh tidak kita ambil buahnya?

JAWAPAN:

Pokok-pokok berbuah yang ditanam oleh pihak kerajaan ada dua bahagian iaitu yang memang ditanam untuk diambil hasilnya oleh kerajaan seperti yang ditanam dipusat-pusat penyelidikan tanaman atau di kebun-kebun milik kerajaan contohnya maka tidak boleh diambil oleh orang awam.

Bahagian yang kedua ialah pokok yang ditanam di tepi-tepi jalan maka hukum mengambilnya ada padanya perincian.

Jika pihak kerajaan tidak mengambil buahnya atau memberi izin kepada orang awam mengambilnya maka harus diambil oleh orang awam.

Dan jika kerajaan ada melarang diambil buahnya maka tidak boleh diambil melainkan dengan izin.

Ada pun pokok yang tidak ada tuannya yang tumbuh ditanah kerajaan seperti tumbuh melata ditepi jalan atau ditepi sungai dalam tanah milik kerajaan maka hukum mengambilnya adalah harus.

Berkata Syeikh Jamal:

يجوز التقاط السنابل وقت الحصاد ان علم اعراض المالك عنها او رضاه بأخذها و الا فلا

Maksudnya: “Harus mengambil buah pada pokok yang di tanam dijalanan ketika berbuah jika diketahui pemiliknya tidak memperdulikannya atau redha pemiliknya dengan diambil. Dan jika tidak tahu pemiliknya itu redha atau tidak maka tidak boleh mengambilnya.” [Kitab Hasyiah Jamal]

Dan berkata Syeikh Qalyubi:

يجوز التقاط السنابل للتملك ان اعرض مالكها عنها او علم رضاه

Maksudnya: “Harus mengambil buah yang tumbuh di jalanan untuk dibawa pulang jika pemiliknya berpaling daripadanya atau yang mengambil itu tahu pemiliknya redha buah itu diambil.” [Hasyiah Qalyubi Wa ‘Umairah]

Kesimpulannya

Harus orang awam mengambil buah dari pokok yang ditanam pihak kerajaaan di kawasan terbuka seperti di tepi-tepi jalan jika pihak kerajaan memang membenarkan ia diambil oleh orang awam.

Jika tidak tahu adakah pihak kerajaan memberi izin atau tidak tetapi pada kebiasaannya buah itu dibiarkan sahaja jatuh atau sehingga buruk di atas dahan tidak diambil maka harus juga orang awam mengambilnya.

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@islamtalk

322 14:06

SOAL JAWAB

Berbual Ketika Usung Jenazah

SOALAN:

Selalu berlaku dalam masyarakat kita ketika jenazah sedang diusung ke kubur setengah dari orang yang mengusungnya atau yang mengikutnya mereka bercakap-cakap sesama mereka.

Saya ingin mengetahui apakah boleh kita bercakap masa usung mayat kekubur?

JAWAPAN:

Antara adab ketika mengusung jenazah ialah diam dan memikirkan tentang kematian dan kehidupan di alam barzakh.

Tetapi jika berzikir dengan suara yang perlahan maka hukumnya adalah harus.

Ada pun berbual atau bercakap-cakap terutama dengan hal dunia adalah makruh lebih-lebih lagi jika dengan suara yang nyaring.

Berkata Imam Syairazi:

عن قيس ابن عباد بضم العين وتخفيف الموحدة ان الصحابة رضى الله عنهم كانوا يكرهون رفع الصوت عند الجنائز وعن الحسن انهم كانوا يستحبون خفض الصوت عندها

Maksudnya: "Dari Qais bin 'Ubad sungguhnya sahabat r.a. adalah mereka memakruhkan mengangkat suara ketika bersama jenazah dan daripada Al-Hasan sungguhnya mereka menggalakkan perlahankan suara ketika bersama jenazah.'' [Kitab Al-Muhazzab]

Berkata Syeikh Qalyubi:

ويكره اللغظ فى الجنازة) وعبارة الروضة فى المشى معها والحديث فى أمور الدنيا بل المستحب الفكر فى الموت وما بعده وفناء الدنيا ونحو ذلك

Maksudnya: “Dan dimakruhkan hingar bingar bercakap ketika bersama jenazah dan ibarat dalam kitab Ar-Raudhah dimakruhkan ketika berjalan bersama jenazah bercerita perkara dunia bahkan yang disunatkan ialah berfikir tentang kematian dan alam yang selepasnya dan umpama yang demikian itu.” [Kitab Al-Qalyubi Wa ‘Umairah]

Berkata Syeikh Ramli:

وسواء كان بالقرأة أو الذكر أو الصلاة على النبى

Maksudnya: “Dan bersamaan (makruh bersuara nyaring) itu samada membaca Quran atau berzikir atau berselawat atas Nabi SAW.” [An-Nihayah]

Kesimpulannya adab yang elok ketika membawa jenazah ke kubur ialah diam dan memikirkan tentang kematian dan hari akhirat.

Harus orang-orang yang membawa jenazah ke kubur itu berzikir atau berselawat tetapi dengan suara yang perlahan.

Berbual-bual perkara dunia atau membuat bising ketika bersama jenazah adalah perbuatan orang yang jahil yang tidak beradab.

Wallahua’lam

• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
Kalam Untuk Semua

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@islamtalk

546 14:05