телеграм канал NENEK KEBAYAN CHANNEL(1)

NENEK KEBAYAN CHANNEL(1)

Selamat Datang ke NENEK KEBAYAN CHANNEL(1)...
Channel ini akan berkongsi info tentang...

🔍🚓🚑🚒KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA..
🔍👨👧👴💎💍🚗KEHILANGAN ORANG&HARTA BENDA
🔍KHIDMAT MASYARAKAT
🔍☔⚡☁INFO CUACA
🔍DAN LAIN2

Информация о канале

Телеграм канал «NENEK KEBAYAN CHANNEL(1)» @buletininfo1malaysia (3892 подписчика). Добавлен в каталог 15 Октября 2020. Категория ❌ Не определено. Открыть в: Telegram | в web версии | Ссылка в каталоге: https://tgram.me/buletininfo1malaysia | Телеграм ссылка: https://t.me/buletininfo1malaysia

Дата добавления
15 Октября 2020 19:04
Последнее обновление
26 Октября 2020 14:54
Адрес в каталоге
https://tgram.me/buletininfo1malaysia
Telegram ссылка
https://t.me/buletininfo1malaysia
Подписчики
3892

Похожие каналы

Дайджест

Дайджест @bablishko2018

...

【RANDOM WORDS】

【RANDOM WORDS】 @rndmwrds

Desc : Random words for you. Islamic, love, advice, friendship etc. Hope y’all join to stay with us....

Boltikahani MastiFilm Flizmovies

Boltikahani MastiFilm Flizmovies @boltikahani_mastifilm_flizmovies

Join Our Other Channels 💙❤️💚💜 https://tgram.me/joinchat/AAAAAEvMDYJQmVahtad4-Q Join Our Chatting G...

Мешок с деньгами💰

Мешок с деньгами💰 @mesoksdengamy

Канал №1 о заработке💰Более 1000 идей и бизнес-кейсов ✅ По всем вопросам 👉https://tgram.me/Igordale...

Отзывы на канал @buletininfo1malaysia

Оставьте пожалуйста свой комментарий о телеграм канале «NENEK KEBAYAN CHANNEL(1)».

Последние посты

436 06:10

#petalingjaya Polis menerima laporan penuntut berusia 18 tahun berhubung kejadian itu pada 7 petang, kelmarin.

Lelaki ditahan 'buli' pemandu wanita bunyikan hon

Petaling Jaya: Seorang lelaki ditahan, semalam, selepas bertindak menyerang pemandu wanita yang membunyikan hon ketika kenderaannya keluar secara mengejut berhampiran perhentian bas Mutiara Damansara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi berusia 18 tahun berhubung kejadian itu pada 7 petang, kelmarin.

"Dalam kejadian itu, mangsa sedang memandu di laluan kiri di lokasi berkenaan sebelum sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki seorang lelaki yang keluar secara mengejut menyebabkan wanita berkenaan membunyikan hon.

"Suspek kemudian mengekori mangsa sehingga di Jalan Persiaran Utama lalu bertindak menendang bumper dan menumbuk cermin bahagian pemandu kenderaan wanita itu selain cuba membuka pintu kereta kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membunyikan hon.

"Malah, suspek turut menendang sekali lagi bahagian belakang kenderaan mangsa semasa mahu beredar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun di tepi Jalan Penchala, di sini, yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

"Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan," katanya.

368 09:09

359 09:09

Berhutang mi segera untuk alas perut

MyMetroMutakhir
Siti Rohana Idris
cnews@nstp.com.my

Kuala Krai: Hampir 10 tahun dia mendiami bangsal kecil dalam kebun getah bersama suami sehinggakan proses kelahiran ketiga-tiga anaknya juga dilakukan sendiri tanpa dirujuk ke hospital.

Bagaimanapun sejak kematian suami pada April lalu, Rini Mohd Yusup, 41, bersama tiga anaknya, Mohamad Safuan, 8, Mohamad Alsam, 6, dan Nor Saimah, 4, berpindah ke sebuah rumah di Kampung Limau Madu, di sini, yang disewa sebanyak RM50 sebulan.

Kehidupan ibu tunggal yang berasal dari Acheh, Indonesia yang selama ini sukar bertambah melarat sejak kematian suami, seorang warga Bangladesh, Saiful, 50, menyebabkan dia bertekad untuk kembali semula ke kampung halamannya sebaik sempadan negara dibuka suatu hari nanti.

Dia berkata, kehidupan mereka sangat terdesak kerana kekangan sumber pendapatan memandangkan dia baharu saja diberi meneruskan kerja suaminya dengan menoreh getah.

Katanya, dalam keadaan dia tidak berapa mahir dengan pekerjaan itu, keadaan sekarang yang kerap hujan menyukarkan mereka lagi untuk mendapat hasil.

"Keluarga saya di Acheh sana pun susah dan hanya bekerja di kebun sayur tapi sekurang-kurangnya saya dapat berada di samping keluarga kerana di sini langsung sudah tiada sesiapa lagi.

"Jiran tetangga semua baik dan sentiasa menghulurkan bantuan termasuk makanan menyebabkan saya tidak sanggup untuk terus membebankan mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.

Terdahulu mereka dikunjungi kumpulan aktivis masyarakat iaitu Pertubuhan Cempaka Merah Asnaf, yang diwakili Che Norhayati Mohamed tampil menghulurkan sumbangan makanan kepada mereka empat beranak.

Rini yang datang ke negara ini dan bekerja sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur sejak 20 tahun lalu, berkata hidup berlapar seakan sudah lali bagi mereka malah pernah berhutang dua bungkus mi segera di kedai runcit untuk makan malam mereka empat beranak.

Menurutnya, biasanya dia dan tiga anaknya hanya makan sekali sehari dan jika ada beras yang diberi jiran, mereka akan masak dan makan dengan berkuahkan budu sahaja.

"Hutang di kedai runcit sentiasa ada sehinggakan saya sudah berasa malu untuk terus berhutang makanan tapi demi anak saya tebalkan muka kerana jika tidak, kami akan berlapar.

"Saya sudah biasa hidup susah tapi apabila melihatkan wajah anak, kerap air mata ini jatuh kerana tidak mampu memberi keselesaan buat mereka.

"Saya janji apabila sempadan negara dibuka nanti, kami akan kembali ke Acheh kerana sudah tiada apa-apa lagi buat kami di sini kecuali mengenangkan kebaikan jiran tetangga yang akan saya ingat sampai mati," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 12:52 PM

321 11:01

328 11:01

29/10/2020
#Melaka
#Jasin

Kemalangan maut di jalan Simpang Bekoh melibatkan moto, info awal dipercayai terbabas. Ikut IC mangsa orang Sg Abong, Muar. #Alfatihah #takziah

328 11:13

333 11:13

Lelaki rentung dalam SUV rupanya mangsa bunuh

Sepang: Polis mengesahkan mangsa ditemui rentung dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre berhampiran Stesen LRT Kota Warisan, semalam adalah mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarkan siasatan ke atas kenderaan itu, ia disahkan Toyota Harrier milik seorang lelaki.

Beliau berkata, sehubungan itu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam media melaporkan, sebuah SUV terbakar bersama seorang individu di tempat pemandu yang rentung dan kebakaran dipadamkan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Salak Tinggi.

Polis turut menemui kesan kebakaran dalam lingkungan 10 meter dari kenderaan itu dan mayat mangsa rentung 90 peratus.

Usaha mengeluarkan mayat mangsa dilakukan anggota bomba kerana ia melekat pada cairan kereta dan dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 7:22 PM

Oleh: Samadi Ahmad

#HarianMetro

340 11:55

337 11:56